Ilmu yang bermanfaat

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”  (Hadis riwayat Bukhari)

  1. Orang yang paling takut kepada Allah ialah orang yang berilmu. Semakin tinggi ilmunya semakin takutlah ia kepada Allah.
  2. Semakin bertambah ilmu, semakin bertambahlah rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
  3. Semakin kita merasai kebesaran Allah, semakin kita merasai diri ini terlalu kerdil di sisi Allah SWT.
  4. Ulama pewaris nabi, bukan dalam bentuk dirham atau dinar tetapi ilmunya. Ilmu diwariskan untuk disebar atau disampaikan kepada semua. Ilmu yang tidak disampaikan merupakan satu kerugian yang amat besar untuk semua apatah lagi jika ianya ditarik balik.
  5. Ilmu boleh diambil atau ditarik semula secara perlahan, terutama jika tidak diamalkan.
  6. Ilmu tanpa amal itu adalah sia-sia, amal tanpa ilmu itu adalah gila!
  7. Ilmu tidak datang sendiri, tetapi perlu dicari.

Dalam kitab “Bidayatus Salikin”, al-Imam Abdul Shomad al-Balibbani menerangkan:

Tujuh ciri-ciri ilmu yang bermanfaat adalah, apabila ilmu itu dipelajari maka:

  1. Semakin membuat kita takut kepada ALLAH
  2. Membuat kita semakin mampu melihat kesalahan dalam diri sendiri.
  3. Menyebabkan kita lebih gemar dan bersemangat dalam beribadah kepada ALLAH.
  4. Membuat kegemaran kita kepada dunia semakin berkurang.
  5. Membuat kita lebih gemar dan obses kepada kehidupan akhirat.
  6. Ilmu tersebut membuka mata hati kita.
  7. Membuatkan kita dapat memahami berbagai macam tipu daya syaitan.
Suka dengan artikel ini? Kongsi bersama rakan-rakan
0